Kualiti Gambar

Pakaian

Setiap graduan perlu menyemak kaedah pemakaian robe university sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas kesalahan cara pemakaian.

Semakan Kualiti Gambar

Kualiti gambar ada beberapa,

  1. kualiti teknikal. Kami jamin gambar sharp dengan kualiti high end full frame kamera dengan pro grade lens. Pencahayaan dijamin terang dan lembut dengan lighting 4 sudut yang jauh lebih lembut berbanding photobooth. Semua gambar akan dipapar terus dihadapan client utk semakan. Secara default lighting kami gunakan teknik very soft- high key lighting . Jika client mempunyai sebarang preference tertentu seperti dramatic lighting/rembrant atau lain lain, sila beritahu sebelum masuk studio utk kami sediakan setup berkaitan.
  2. Pemakaian. Pelanggan bertanggungjawab utk menyemak kaedah pemakaian masing masing. Kami akan bantu utk point out tempat penting seperti kolar dan tie, bagaimanapun kami tidak dapat memastikan samada pelanggan nak pakai proper atau sengaja nak longgar, jadi utk tidak menjadi masalah dikemudian hari, kami akan semak dan minta pelanggan confirmkan setiap point utama secara visual. Bagaimanapun jika pelanggan tiada masalah dengan gaya, boleh terus inform photographer utk skip check.
  3. kualiti wajah/ posture badan dan expression. Dalam hal ini photographer akan mencadangkan posing yang sesuai mengikut pengalaman dan pengetahuan mereka. Tetapi Client boleh mengubah mengikut citarasa sendiri dan boleh request photographer utk reshoot setelah membuat pembetulan. Anda juga boleh request LIVE PREVIEW utk semak pose secara direct dari screen sebelum rakaman.