FAQ Graduation Photography – ADX Studio
1. Saya tak pandai pose. Ada bantu pose ke?
Ya, kami akan bantu posekan anda sepanjang sesi. Jangan risau kalau tak biasa bergambar, kami akan guide step by step supaya pose nampak natural, kemas, dan cantik di kamera.
2. Boleh walk-in atau kena booking dulu?
Kedua-duanya boleh. Walk-in dialu-alukan bergantung pada kekosongan studio dan jurugambar pada waktu tersebut. Untuk lebih selamat, digalakkan booking awal supaya slot anda dapat dikunci.
3. Boleh tukar backdrop atau background?
Ya, boleh. Backdrop atau background boleh ditukar mengikut pilihan client. Penukaran backdrop tidak menambah masa sesi, jadi tempoh shoot tetap mengikut slot yang diambil.
4. Boleh request background tertentu?
Ya, boleh. Kami boleh tukar background ikut konsep atau pilihan client mahukan, tertakluk kepada kesesuaian sesi dan hasil akhir yang diinginkan.
5. Boleh ambil gambar dengan family sekali? Ada caj tambahan?
Tiada caj tambahan untuk extra family. Tetapi jika jumlah orang agak ramai, kami mungkin akan cadangkan anda ambil tempoh masa yang lebih panjang supaya sesi lebih selesa dan tidak tergesa-gesa.
6. Sesuai untuk solo sahaja atau boleh dengan family dan kawan?
Kedua-duanya boleh. Anda boleh buat graduation solo, bersama pasangan, family, atau kawan-kawan.
7. Gambar akan diedit ke?
Ya, gambar akan diedit dari segi kecerahan dan cropping. Automatic skin softening juga boleh direquest tanpa sebarang bayaran tambahan.
8. Ada advanced editing?
Ya, advanced editing seperti pembersihan kedutan dibuat secara percuma untuk gambar printing.
9. Boleh tengok result masa shoot?
Ya, boleh. TV besar 60 inci disediakan di hadapan pelanggan supaya anda boleh semak pakaian, pose, dan hasil setiap gambar dengan lebih jelas semasa sesi berlangsung. Ini membantu supaya hasil gambar lebih dekat dengan apa yang client mahukan.
10. Photographer akan betulkan baju atau pose client ke?
Photographer akan point out jika ada masalah seperti butang terbuka, kain terselak, tudung senget, atau apa-apa yang nampak kurang kemas di kamera. Kami akan zoom pada bahagian tersebut dan minta client membetulkan sendiri.
Jurugambar kami tidak mengamalkan sentuhan kepada client dan dalam 99% keadaan menggunakan kaedah tunjuk dan sila betulkan sendiri.
Photographer juga akan bertanya terlebih dahulu jika gaya pemakaian itu memang pilihan client, dan tidak akan sewenang-wenangnya mengubah ikut citarasa photographer sendiri. Contohnya, jika client memakai mortarboard secara senget, kami akan zoom dan confirm sama ada itu memang gaya yang dipilih atau satu kesilapan. Jika ia tersilap, client boleh pilih sama ada mahu membetulkan atau membiarkannya jika itu memang style yang diinginkan.
Untuk pembetulan posing pula, contohnya bagi mendapatkan pose badan yang lebih natural, photographer akan menggunakan konsep pengarahan, bukan sentuhan pembetulan.
11. Saya dah book, tapi saya terlambat. Masih boleh shoot ke?
Boleh, hanya jika tiada client lain selepas waktu anda. Jika ada tempahan lain selepas slot tersebut, masa shoot mungkin akan terjejas atau perlu disusun semula mengikut keadaan.
12. Bila softcopy siap?
Softcopy siap dalam tempoh 24 hingga 72 jam dan akan diserahkan melalui Google Photos Gallery untuk memudahkan pelanggan melihat dan memilih gambar.
13. Bila gambar print siap?
Untuk gambar print, pelanggan perlu menanda dahulu gambar pilihan di dalam gallery. Selepas itu, kami akan process untuk confirmation terlebih dahulu. Selepas approval dibuat, gambar print dan frame akan siap dalam tempoh sekitar 2 hingga 4 minggu.
14. Ada delivery ke?
Ya, delivery melalui pos, Lalamove, atau Grab boleh direquest. Caj penghantaran akan ditanggung oleh customer.
15. Ada sediakan jubah graduation?
Ya, kami ada sediakan jubah graduation dalam warna hitam, biru, kuning, dan merah.
16. Ada sediakan scroll graduation?
Ya, untuk UiTM, Politeknik, UM, IIUM, dan beberapa institusi lain, scroll ada disediakan di studio. Untuk universiti lain yang tiada, kami boleh masukkan scroll secara digital secara percuma.
17. Ada blazer dan tie tak?
Ada. Kami sediakan lebih 50 blazer pelbagai saiz dan lebih 20 tie pelbagai warna. Kami juga sediakan pelbagai jenis kasut kulit, songkok, dan jaket yang boleh digunakan secara percuma.
18. Saya lupa nak iron baju. Ada sediakan iron?
Ya, kami ada sediakan iron baju untuk kegunaan pelanggan. Jika anda perlu bersiap atau menggosok pakaian di studio, sila datang lebih awal daripada slot anda.
19. Boleh tukar baju atau aksesori semasa sesi?
Boleh, bergantung kepada masa sesi anda. Jika mahu lebih selesa untuk tukar outfit atau aksesori, ambil slot yang lebih panjang adalah digalakkan.
20. Boleh makeup di studio ke?
Touch up dibenarkan. Untuk full makeup seperti memakai foundation dan sculpting, kami sarankan ia dibuat sebelum masuk ke studio.
21. Kualiti gambar macam mana?
ADX Studio menawarkan kualiti tertinggi dengan penggunaan 4 lighting secara serentak. Ini bermaksud muka setiap orang akan menerima cahaya yang lembut dan kulit akan nampak lebih glowing. Semua gambar akan diserahkan dalam high resolution. Semua pose juga akan diulang sehingga nampak natural dan tidak kekok.
22. Susunan ahli keluarga macam mana?
Dalam 90% situasi untuk keluarga Melayu, kami akan susun setiap ahli keluarga dengan mengambil kira kedudukan antara mahram. Ahli keluarga yang lebih rendah juga boleh ditinggikan menggunakan stool pijak kaki supaya susunan nampak lebih seimbang dan kemas.
23. Boleh letak nama dan logo universiti?
Ya, boleh. Kami boleh letakkan nama dan logo universiti untuk 1 gambar solo dan 1 gambar family tanpa sebarang caj tambahan.
24. Studio berada di mana?
Studio kami berada di tingkat 1.
25. Ada lif atau akses kerusi roda?
Maaf, tiada lif disediakan. Akses ke studio adalah melalui tangga sahaja.
26. Saya ada ahli keluarga berkeperluan khas, boleh ke shoot?
Ya, boleh. Jurugambar kami juga mempunyai pengalaman peribadi dengan ahli keluarga terdekat yang berkeperluan khas, jadi kami lebih memahami dan mesra dengan situasi tersebut. Walau bagaimanapun, tanggungjawab terhadap ahli keluarga tersebut tetap berada di bawah parent atau penjaga sepanjang sesi.
27. Kami nak buat pose sendiri. Boleh ke?
Boleh. Untuk mempercepatkan proses, hantarkan sample gambar melalui WhatsApp kepada kami supaya kami boleh teruskan susun pelanggan ikut pose yang diminta.
28. Kami nak masukkan orang lain yang tak dapat datang. Boleh ke?
Boleh. Sila maklumkan kepada kami dari awal supaya tempatnya boleh disediakan semasa shooting. Editing untuk masukkan satu orang ke dalam gambar akan dicaj RM30 untuk editing.