
Ini adalah rakaman sebenar sesi Pakej Basic Graduation di ADX STUDIO 🎓📸
Dalam sesi ini:
• Kami akan guide cara pegang scroll ikut posture yang paling nampak kemas & natural
• Kami akan semak pakaian lengkap – mortarboard, jubah, hoodie, seluar/kain & kasut — dan pelanggan akan verify terus supaya semuanya on point
• Pelanggan boleh retake sehingga 5 kali untuk pastikan dapat shot yang paling terbaik ✨
Nak book slot?
💬 WhatsApp → https://wa.me/60133173128
ADX STUDIO
Seksyen 22, Shah Alam

Pakej Basic C
Berapa ramai boleh ahli keluarga?
1 family up to 15 pax termasuk kanak kanak
Berapa banyak gambar akan diterima?
4 gambar akan diterima iaitu:
- Gambar formal graduate, dicetak bersaiz 11×14 inci dengan kertas photo glossy dan dilaminate. Digital softcopy diberikan dengan saiz maximum 20mp (boleh dicetak semula sehingga 40-60 inci)
- Gambar kecil freestyle graduate, dicetak bersaiz 5R glossy dengan digital softcopy saiz maximum 2mp (sesuai utk cetakan 5R)
- Gambar formal family, dicetak bersaiz 11×14 inci dengan kertas photo glossy dan dilaminate. Digital softcopy diberikan dengan saiz maximum 20mp (boleh dicetak semula sehingga 40-60 inci)
- Gambar kecil freestyle family, dicetak bersaiz 5R glossy dengan digital softcopy saiz maximum 2mp (sesuai utk cetakan 5R)
Berapa jumlah gambar softcopy akan diterima?
Empat (4)
Berapa lama masa shooting?
Anda boleh shoot sepanjang masa anda lock utk shooting distudio kami (30 minit). Bagaimanapun ini tertakluk pada waktu sebenar anda sampai ke studio.
Sebagai cth jika anda lock slot pukul 12.30 dan sampai 12.30 dengan sudah bersiap dengan pakai jubah dan dah ready shoot, anda boleh spent dari 12.30 sampai 1.00pm utk shoot (30 minit). Jika anda sampai 12.45, maka anda boleh dapat 15 minit photoshoot.
Bagaimanapun utk pakej basic, setiap pose diberikan rakaman sebanyak 5 kali utk memastikan gambar betul2 cantik.
90% pelanggan yang normal akan ambil masa 5-10 minit utk siap photoshoot utk both solo dan family.
Untuk siapa pakej ini ?
Pakej ini direka khas utk mereka yang inginkan gambar convo dengan kualiti tertinggi, dapat lihat hasil sebelum cetak, dengan gambar akan diedit dengan menyeluruh.
Pakej ini tidak sesuai untuk…
- Mereka yang ingin poses yang banyak, lebih dari apa yang dijanjikan dalam pakej
- Mereka yang mahu pose kreatif dan luarbiasa seperti gambar seperti poster movie atau gambar iklan (sila hubungi kami utk sesi creative photography – tidak boleh dibuat pada musim convo)

Free backdrop change utk semua print lebih besar dari 11R. Boleh guna any backdrop samada yang kami sediakan atau yang anda berikan. Cth gambar diatas client gunakan gambar kereta sendiri, diambil guna phone, kami besarkan dan ubah jadi menarik seperti dirakam oleh professional photographer utk dijadikan background.

Prop jubah baby, free to use